Wednesday, November 4, 2009

TINTA CIKGU AZIERA



CERITA SURIRUMAH TANGGA
Cik Mariam orang Melaka
Selalu termenung di tepi pantai
Inilah surirumah tangga
Kerjanya tak pernah langsai
Anak cina membawa surat
Dari Perak terus ke Jeli
Kerja kita memang padat
Kadang-kadang sampai lenguh kaki
Buah durian dari hulu
Pokoknya banyak di kebun Nora
Menu masakan difikiran selalu
Sebagai hidangan untuk keluarga
Bunga cina di atas titi
Cantiknya ia diambil Raju
Selepas selesai sarapan pagi
Mulalah rutin membasuh baju
Ramai orang bersorak-sorak
Menepuk gendang dengan rebana
Banyaknya baju berlonggok-longgok
Duduk bertimpuh melipatnya pula
Adik memakai baju biru
Pergi sekolah pukul tujuh
Kadang-kadang rasa haru biru
Bila banyak kerja tak sudah
Terang bulan di malam sepi
Cahayanya memancar ke seluruh tubuh
Nasihat emak tak ambil peduli
Kerja rumah jangan di tangguh
Anak Cik Pah sungguh manja
Suka bermain berlari-lari
Orang malas buat kerja
Pasti menyesal satu hari nanti
Hari malam gelap gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Hari ini buat tepung pelita
Esok pula buat roti nan
Baik-baik mengirai padi
Takut merecik ke muka orang
Banyak sungguh simpan resepi
Bimbang idea tak datang
Mari kita menanam halia
Ambil sedikit buat juadah
Seronoknya tengok abang berselera
Sampai makan bertambah-tambah
Cik Nor ke kedai membeli gelas
Emak pesan membeli laksa
Kerja rumah buatlah dengan ikhlas
Semua keluarga rasa bahagia
Sarapan pagi minum susu
Di hidang bersama roti dan kaya
Terasa letih memanglah begitu
Surirumahtangga banyak pahala

Tuesday, August 11, 2009

MINI ZOO PRASEKOLAH



MINI ZOO PRASEKOLAH ADALAH SUDUT UNTUK MURID-MURID PRA MENGENALI HAIWAN-HAIWAN.

CARTA KEHADIRAN



CARTA KEHADIRAN MENEMPATKAN KAD GAMBAR UNTUK DIGANTUNG APABILA HADIR KE KELAS.

SUDUT BAHASA DAN KOMUNIKASI


SUDUT BAHASA DAN KOMUNIKASI MENEMPAT DAN MEMBEKALKAN PELBAGAI BAHAN BACAAN. SUDUT INI JUGA TERDAPAT PENTAS MARI BERCERITA.

SUDUT TAYANGAN





SUDUT TAYANGAN MEMBERI PELUANG KEPADA KANAK-KANAK PRA MENONTON DAN MEMPELAJARI LAGU MENERUSI TELEVISYEN.







SUDUT MUZIK DAN GERAKAN



SUDUT MUZIK DAN GERAKAN MEMBERI PELUANG KEPADA MURID-MURID PRA UNTUK MEMPELAJARI DAN BERMAIN DENGAN ALAT-ALAT MUZIK.

SUASANA/SUDUT DALAMAN PRASEKOLAH SK KERLING 2009




SUDUT PRANILAM UNTUK MEMBERI PENDEDAHAN AWAL KEPADA MURID-MURID PRASEKOLAH TENTANG PROGRAM BACAAN NILAM. IA JUGA BERTUJUAN UNTUK MEMUPUK MINAT MEMBACA DI PERINGKAT AWAL KANAK-KANAK.







Monday, August 10, 2009

Di Makmal Komputer


Setiap hari isnin, murid-murid prasekolah akan memasuki makmal komputer untuk belajar ICT selama satu jam dan mereka dibimbing oleh Fasilitator SchoolNet En. Ezy
































Sunday, August 9, 2009



Aktiviti di luar kelas, murid dibimbing oleh rakan sebaya dalam penguasaan membaca.

di mana-mana boleh membaca hehehehehe


Aktiviti refleksi sebelum berangkat pulang ke rumah.

Murid-murid sibuk memilih dan membaca buku di sudut bahasa dan komunikasi.

Murid-murid pra menjalankan projek Taman Haiwan di sudut pra nilam
Ceramah kesihatan yang disampaikan
oleh jururawat pelatih dari
klinik kesihatan Kalumpang

Thursday, August 6, 2009


Murid-murid begitu tekun menjalankan aktiviti yang diberikan oleh guru.

Murid-murid Prasekolah SK Kerling sangat berdisplin semasa di dalam kelas.

LAGU KANAK-KANAK

ALUNAN NASYID PILIHAN KAMI

ALIF, BA, TA

PRA SK KERLING 2009