Friday, September 24, 2010

TAMAN PRASEKOLAH

Di dalam taman prasekolah ini terdapat kawasan tanaman herba, pondok bacaan, sudut Bahasa Inggeris dan alat-alat permainan. Di sudut Bahasa Inggeris di tempatkan sebuah meja dan kerusi untuk murid-murid prasekolah membaca dan bersantai..Manakala Pondok Bacaan pula, telah mendapat sumbangan dan kerjasama daripada pihak PIBG SK Kerling terutamanya YDP PIBG Tn. Hj Ali bin Manan.. Segala jasa baik dan keprihatinan daripada Tn. Hj sangat-sangat dihargai dan disanjung tinggi..Terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya GB Pn. Hjh Maimunah, YDP PIBG dan guru-guru ..Terima kasih semua...



MARI BERKEBUN

Hasil tanaman murid-murid prasekolah pada awal tahun dan penjagaannya sepanjang tahun....Murid-murid prasekolah begitu rajin dan cukup prihatin dan mereka mengikut giliran bertugas untuk menyiram tanaman ini....Terima kasih semua..Cikgu bangga dengan kamu..Mari kita hijau kan bumi ini dengan hasil tanaman.
ala.. pokok kunyit ni macam tak subur aje...kenapa ye??? Agaknya Misha tak jaga pokok tu kot!
Kami selalu petik buah limau kasturi .....rasanya masam kan cikgu ?
Bergambar di hadapan pokok kari yang ditanam pada awal-awal tahun....Cikgu nak masak lauk kari tak? bolehlah petik daun kari kat sini....


....
Inilah hasil tanaman pokok lengkuas kami..Pokok ini ditanam pada awal tahun dan hasilnya.....wow ! dah besar rupanya...

Hasil tanaman pokok kangkung oleh murid-murid prasekolah

Saturday, May 15, 2010


Kami sediakan kad ini khas untuk cikgu..

Terima kasih cikgu Azeira kerana menyayangi dan menghargai kami ....Selamat hari guru ,cikgu.

Syabas... anak-anak kerana telah berjaya menghasilkan kad ucapan gergasi yang cantik.

Wakil setiap kumpulan mempamerkan kad ucapan masing-masing.. Tahniah !

Kad Ucapan Gergasi


Cikgu, cantik tak kad ucapan kami?

Cikgu Azeira, kami sa...yang cikgu. Kami doakan cikgu bahagia dunia dan akhirat....Selamat hari guru cikgu.

Selamat Hari Guru, Cikgu Nor dan Cikgu Zam.....Kami sayang cikgu.
Selamat Hari guru, cikgu...

Masing-masing sibuk membuat cetakan tapak tangan di atas kain rentang...
Cetakan tapak tangan di atas kain rentang...

Tekunnya ! Jangan lupa tulis cantik-cantik ya.

Kain Rentang " Selamat Hari Guru "


Anak-anak Prasekolah sibuk menulis nama dan kata-kata ucapan terima kasih di atas kain rentang sempena Hari Guru.

Selamat Hari Guru untuk Cikgu Zam dan Cikgu Nor... Kami semua akan merindui cikgu.

Selamat Hari Guru.....Cikgu

Cikgu Azeira, cantik tak kad kami? Kami harap cikgu suka menerima kad ini...Terima kasih cikgu.

Selamat Hari Guru...Cikgu..
Wakil setiap kumpulan bersama Kad Gergasi Ciptaan masing-masing... Syabas anak-anak.

Selamat Hari Guru


Kad Ucapan Gergasi yang dihasilkan oleh anak-anak Prasekolah untuk guru-guru Sekolah Kebangsaan Kerling.

Thursday, April 22, 2010

Bersama guru Prasekolah Cikgu Azeira, PPM Cikgu Ila dan 2 orang guru Pelatih UPSI iaitu Cikgu Nor dan Cikgu Zam.....Terima Kasih Cikgu...
Anak-anak Prasekolah bersama Maskotnya siap sedia untuk persembahan Gerak Kreatif...Syabas...

Cikgu Nor sedang menyusun murid-murid pra untuk acara 4x 50 m....
Mari kawan-kawan, kita nyanyikan lagu " Selamat Hari Lahir " untuk kawan-kawan yang kita raikan..

Apasal Misha ni???? Masam je ? Senyum la sikit, macam Haziq tu ! happy je..
Bersama Cikgu Azeira dan Cikgu Zam Pelatih dari UPSI....Pra Kejohanan Sukan Tahunan

Misha menerima hadiah hari lahir daripada Guru Cemerlang Teacher Rosnizar...Thank You Teacher.

Gembiranya anak-anak ini menyambut hari lahir bersama kawan-kawan....
murid- murid tidak sabar menunggu untuk menjamu selera sempena menyambut hari jadi faisal ,haziq,misha,ilyana dan aireen

Majlis Sambutan Hari Lahir

Hari Selasa 20 April 2010 telah diadakan Sambutan Hari Lahir murid-murid Prasekolah yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac. Sambutan ini diraikan 3 bulan sekali dengan sambutan yang gilang gemilang. Seramai 6 orang murid pra telah menyambut hari lahirnya iaitu Ahmad Haziq Zahidi, Ahmad Faisal, Nur Syazatul Aireen, Mohd Daniel Haikal, Nur Saya Ilyana dan Noormisha Adriana. Acara memotong kek dan nyayian Lagu " Selamat Hari Lahir " begitu meriah sekali dengan kehadiran guru-guru yang begitu sporting. Selepas Ustaz bacakan doa, kami sama-sama menyanyikan lagu hari lahir. Terpancar kegembiraan yang tidak terhingga di muka anak-anak prasekolah yang diraikan.....Yang lain..sabar tau nanti kita akan buat sambutan lagi ..
kenapa ni Misha ?tak sabar -sabar nak berlari ke ?
Pergerakan Kreatif " Duckling Dance " begitu menyeronokkan dengan maskot itik di belakang. Tarian ini di ketua oleh Adam Farihin dan pasangannya Fatin.

Sukan Tahunan SK Kerling 2010

Pada 7 Mac 2010 (Ahad ) SK Kerling telah menganjurkan satu Kejohanan Sukan Tahunan yang bertempat di Padang SK Kerling. Kejohanan Sukan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Isa Bin Abu Kasim, Ahli Dewan Undangan Batang Kali. Murid-murid Prasekolah telah menyertai beberapa acara seperti Lari Terus 75 M, 4X50 M manakala acara Lumba Kemahiran pula ialah " Semakin Jauh Semakin Sayang" dan " Titanic Dalam Gelungan ". Murid-murid Prasekolah juga membuat persembahan Gerakan Kreatif pada pembukaan acara sukan tersebut. Persembahan " Duckling Dance " telah mendapat tepukan yang gemuruh dan begitu menarik perhatian dengan Maskotnya.

Tuesday, April 20, 2010

Aynan dan Adam tak sabar sabar untuk bersukan

LAGU KANAK-KANAK

ALUNAN NASYID PILIHAN KAMI

ALIF, BA, TA

PRA SK KERLING 2009