Thursday, April 22, 2010

Bersama guru Prasekolah Cikgu Azeira, PPM Cikgu Ila dan 2 orang guru Pelatih UPSI iaitu Cikgu Nor dan Cikgu Zam.....Terima Kasih Cikgu...
Anak-anak Prasekolah bersama Maskotnya siap sedia untuk persembahan Gerak Kreatif...Syabas...

Cikgu Nor sedang menyusun murid-murid pra untuk acara 4x 50 m....
Mari kawan-kawan, kita nyanyikan lagu " Selamat Hari Lahir " untuk kawan-kawan yang kita raikan..

Apasal Misha ni???? Masam je ? Senyum la sikit, macam Haziq tu ! happy je..
Bersama Cikgu Azeira dan Cikgu Zam Pelatih dari UPSI....Pra Kejohanan Sukan Tahunan

Misha menerima hadiah hari lahir daripada Guru Cemerlang Teacher Rosnizar...Thank You Teacher.

Gembiranya anak-anak ini menyambut hari lahir bersama kawan-kawan....
murid- murid tidak sabar menunggu untuk menjamu selera sempena menyambut hari jadi faisal ,haziq,misha,ilyana dan aireen

Majlis Sambutan Hari Lahir

Hari Selasa 20 April 2010 telah diadakan Sambutan Hari Lahir murid-murid Prasekolah yang lahir pada bulan Januari, Februari dan Mac. Sambutan ini diraikan 3 bulan sekali dengan sambutan yang gilang gemilang. Seramai 6 orang murid pra telah menyambut hari lahirnya iaitu Ahmad Haziq Zahidi, Ahmad Faisal, Nur Syazatul Aireen, Mohd Daniel Haikal, Nur Saya Ilyana dan Noormisha Adriana. Acara memotong kek dan nyayian Lagu " Selamat Hari Lahir " begitu meriah sekali dengan kehadiran guru-guru yang begitu sporting. Selepas Ustaz bacakan doa, kami sama-sama menyanyikan lagu hari lahir. Terpancar kegembiraan yang tidak terhingga di muka anak-anak prasekolah yang diraikan.....Yang lain..sabar tau nanti kita akan buat sambutan lagi ..
kenapa ni Misha ?tak sabar -sabar nak berlari ke ?
Pergerakan Kreatif " Duckling Dance " begitu menyeronokkan dengan maskot itik di belakang. Tarian ini di ketua oleh Adam Farihin dan pasangannya Fatin.

Sukan Tahunan SK Kerling 2010

Pada 7 Mac 2010 (Ahad ) SK Kerling telah menganjurkan satu Kejohanan Sukan Tahunan yang bertempat di Padang SK Kerling. Kejohanan Sukan tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Isa Bin Abu Kasim, Ahli Dewan Undangan Batang Kali. Murid-murid Prasekolah telah menyertai beberapa acara seperti Lari Terus 75 M, 4X50 M manakala acara Lumba Kemahiran pula ialah " Semakin Jauh Semakin Sayang" dan " Titanic Dalam Gelungan ". Murid-murid Prasekolah juga membuat persembahan Gerakan Kreatif pada pembukaan acara sukan tersebut. Persembahan " Duckling Dance " telah mendapat tepukan yang gemuruh dan begitu menarik perhatian dengan Maskotnya.

Tuesday, April 20, 2010

Aynan dan Adam tak sabar sabar untuk bersukan

Tuesday, April 13, 2010

SUKA DUKA LUMRAH KEHIDUPAN

Assalamualaikum...







lama rasanya tak menulis, maklumlah sekarang ni dah jadi pelajar OUM sekarang ni..



seronok juga dah belajar semula dapat la jumpa teman dan sahat-sahabat lama tu.. yang lebih seronok tu suami pun sambung belajar jugak .. ada la teman pegi ngaji...







ada kawan bertanya tak penat ke kak?







alahai kalau nak kira penat tak bergherak mana dah akak ni dik oiii.. sebab nak timba ilmu dan pengalaman baru aja yang akak gagahi jua....







Dalam suka ada duka , itulah ketentuanNya dalam kehidupan..







akhir-akhir ini banyak pula peristiwa yang mengguris perasaan.... menyebabkan ramai juga guru skk yang menitiskan air mata.... antaranya :







pertukaran ustazah Rosminah pada sesi pertukaran lepas dah ramai yang menangis... tiba-tiba GPK pentadbiran Puan Ummi Kalsom bt Daud yang tak disangka-sangka pula terpaksa berhijrah ke sk ampang pecah... rasa patah hati bila cikgu ummi ditukarkan meninggalkan kami.. apa pun kata ustaz Hazri " yang pergi biarlah pergi, pasti ada pengganti... kerja, tanggungjawab dan perjuangan mesti diteruskan...." terima kasih ustaz atas tazkirah ni..







baru seminggu cikgu Ummi berhijrah.. kami dikejutkan pula dengan peristiwa yang menyayat hati.. anak lelaki cikgu Abd. rahiman pula meninggal disebabkan kemalangan jalan raya di Terenggganu... kepada cikgu Rahiman dan keluarga kami ucapkan takziah ... semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang soleh.. amiiin..







terima kasih kepada semua guru yang berkongsi duka turut hadir menziarahi keluarga cikgu Rahiman.......







berakhir dulu tinta saya..
iklan untuk anak pra..


Kucing ni bernama 'Mun'
lagi cantik kalau Mun dipakaikan tudung rasanye...


LAGU KANAK-KANAK

ALUNAN NASYID PILIHAN KAMI

ALIF, BA, TA

PRA SK KERLING 2009